5 Tips Untuk Menjadi Seorang Freelancer

Pada masa kini, freelancer menjadi pilihan kebanyakkan dari kita untuk menjana pendapatan sama ada secara Fulltime mahupun Part time.

TIPS FREELANCER


Tips Untuk Menjadi Seorang Freelancer Yang Perlu Anda Tahu


Begitu juga dengan saya sendiri yang mana mengambil keputusan untuk menjadi seorang freelancer secara fulltime setelah menceburinya secara part time. Akhirnya, pada tahun 2020 usop mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula fokus kepada dunia freelancer.


Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang bertanya dengan saya mudah ke nak jadi seorang freelancer?? Nak jadi seorang freelancer tak semudah yang disangkakan terutama sekali jika sebelum ini kita sudah terbiasa dengan makan gaji.Tapi macam mana nak jadi seorang freelancer?? Jom saya kongsikan tipsnya


  1- Belajar Skill

Bagi yang tidak ada kemahiran atau sebarang skill, perkara pertama sekali yang wajib kita lakukan dengan sertai kelas kemahiran yang telah diadakan di negara kita. Sebab apa kena ada skill? Sebabnya dengan ada skill mudah untuk kita tawarkan perkhidmatan kita. Lagipun, kebanyakan bakal prospek meletakkan syarat skill tertentu dalam mencari freelancer yang mereka mahukan.


Lagipun, bila ada skill ni kita dah memudahkan kerja bakal prospek kita dan bakal prospek pun seronok nak hire kita sebab tak perlu keluarkan duit yang lebih untuk hantar kita ke kelas skill. Apa yang lagi best, bila ada skill dapatlah kita offer skill kita dengan harga yang sedikit tinggi.


TIPS FREELANCER

2- Sediakan Peralatan Yang Mencukupi

Bila dah ada skill, kita juga perlu mempunyai peralatan yang secukupnya untuk melakukan kerja-kerja freelancer kita. Kena ingat kita bukanlah bekerja sepenuh masa dengan klien tersebut, jadi kita perlu sediakan semuanya sendiri dan pihak klien tidak akan menyediakan untuk kita melainkan jika klien tersebut ada request untuk kita menggunakan peraatan khas atau software khas barulah kita boleh berbincang dengan klien untuk menyediakan dan kita hanya meminjam dari mereka.


Peralatan apa yang kena ada? Ia bergantung pada skill dan niche yang kita tawarkan. Salah satu peralatan wajib yang perlu kita ada ialah laptop atau komputer. Bagi yang menggunakan Software tertentu, pastikan laptop atau komputer anda sesuai untuk software tersebut supaya nanti takdelah ia mendatangkan masalah bila kita nak siapkan task dari klien. 


Baca Juga: 5 Kelebihan Kenapa Harus Jadi Blogger Malaysia


3-  Mula Pasarkan Perkhidmatan Kita

Bila dah ada 2 perkara penting di atas, tiba masanya untuk kita mula pasarkan perkhidmatan kita. Tapii macam mana nak pasarkan perkhidmatan kita? Untuk memperkenalkan perkhidmatan kita, kita perlu tahu lubuk dan tempat yang sesuai untuk kita offer kepakaran kita. Kalau anda nak bekerja dengan company-company besar, anda dah boleh mula senaraikan syarikat yang anda ingin berekerja sebagai freelancer.


Lagipun di negara kita kebanyakkan syarikat besar sudah mula hire freelancer dalam pelbagai bidang. Apa yang anda perlu lakukan ialah kena tahu cara yang terbaik dan bagaimana nak “ketuk pintu” syarikat tersebut supaya berminat nak terima perkhidmatan kita sebagai freelancer.


4-  Mula Tetapkan Mindset

Nak jadi seorang freelancer yang berjaya, perkara penting yang perlu kita ada adalah mindset. Ini kerana, bila dah jadi freelancer serba serbi kita kena buat sendiri. Dalam erti kata yang lain, kitalah bos kitalah perkerja. Jadi, kita wajib ada mindset yang kental dan jangan ada mindset manja atau bergantung sepenuhnya kepada orang lain bila nak siapkan task.


Dalam masa yang sama, elakkan letak mindset “Aku nak jadi freelancer sebab nak jadi Jutawan” mindset sebegini sebenarnya boleh menyebabkan kita down bila ada masalah atau bila tak dapat job. Akibatnya, kita akan rasa mudah putus asa dan tak mahu menjadi freelancer lagi.

TIPS FREELANCER


5-  Terapkan Disiplin Yang Tinggi

Tips yang paling penting dan wajib ada dalam diri setiap Freelancer sama ada Freelancer baru mahupun yang lama ialah kena ada disiplin yang tinggi. Apa jua pekerjaan yang kita lakukan kalau tidak ada disiplin memang kita tidak akan ke mana. 


Begitu juga sebagai seorang freelancer, kita juga perlu ada disiplin.  Mula terapkan disiplin dalam diri kita, seperti tepati masa deadline, jujur amanah dan sebagainya. Bila ada disiplin, klien pun suka nak berkerjasama dengan kita lagi dan mereka juga yakin nak bagi task yang lebih mahal kepada kita. 



6 Comments

  1. terima kasih perkongsian yang menarik saya boleh buat rujukkan lepas nih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk perkongsiaan.. nk jd freelancer ni yg pentingnya displin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul... takde didiplin memang takkan ke mana

      Delete
  3. Terima kasih tipnya.. freelancer ni pun antara lain kena betul-betul struggle dengan pengurusan masa sama. Kalau tidak keluat juga jadinya.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul.... struggle is real tapii bila tegk hasilnya memang kita akan rasa berbaloi

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post