Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000: Ini Perkara Yang Wajib Anda Tahu

Pengeluaran Khas KWSP. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan satu berita yang sangat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia dan sangat di nanti-nantikan

Pengeluaran Khas KWSP.


Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM 10,000 kepada mereka yang mempunyai akaun KWSP. Keputusan kerajaan untuk membenarkan Pengeluaran Khas KWSP ini sememangnya satu keputusan yang tepat memandangkan pada waktu penularan wabak Covid-19 ini ramai yang terjejas pendapatan dan kos sara hidup semakin hari semakin meningkat.

Pengeluaran Khas KWSP.


Jadi, dengan adanya Pengeluaran Khas KWSP ini ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat negara kita tambahan pula tidak lama lagi kita bakal menyambut Bulan Ramadhan dan seterusnya sambutan hari raya


Baca Juga:5 Tips Untuk Menjadi Seorang Freelancer


Syarat Pengeluaran Khas KWSP Yang Wajib Anda Tahu

Pengeluaran Khas KWSP.


Tetapi dalam kita gembira dengan pengumuman yang telah di buat perdana menteri baru-baru ini, ada beberapa perkara penting yang wajib kita tahu sebelum hendak keluarkan. Antaranya syarat pengeluaran yang ditetapkan oleh KWSP. Ada beberapa syarat penting Pengeluaran Khas KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:

  •       Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  •      Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  •      Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  •      Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  •     Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)


Cara Membuat Permohonan Pengeluaran


Buat masa ini, belum ada lagi pengumuman mengenai cara pengeluaran Khas KWSP ini memandangkan tarikh pengeluaran masih belum di buka. Tetapi, saya sarankan untuk anda mendaftar i-Akaun untuk memudahkan proses semakan baki dan juga untuk proses pengelua pengeluaran nanti.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai pengeluaran Khas KWSP anda boleh dapatkanya di link di bawah ini:

 

Facebook KWSP

Website Rasmi KWSP

 


21 Comments

  1. Moga semua yang mengeluarkannya kelak akan membelanjakannya dengan berhemah. InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan semua.

    ReplyDelete
  2. Wah... bagus nyer kerajaan perkenal ini benda ala. Semoga rakyat menggunakan kemudahan yang diberi dgn bijak. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akhirnya boleh juga KWSP dikeluarkan...Sebenarnya ramai yang berbelah bagi nak keluarkan. Tapi tulah keadaan sekarang sangat mendesak dan mungkin tak ada pilihan lain.

    ReplyDelete
  4. Bagus kerajaan buat macam ni, sedikit sebanyak mereka yang tengah sush tu dapat keluarkan duit untuk kegunaan harian.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Semoga ia membantu rakyat dlm kelangsungan hidup selepas berdepan dgn Covid19.

    ReplyDelete
  6. Macam-macam nak buat ni. Hahaha. Thank you kerajaan bukak lagi peluang macam ni

    ReplyDelete
  7. Betul langkah tepatm dan i orang yang tepat hahahahha bakal keluarkan rm10k untuk kelangsungan hidup huaaaa walaupun hakikatnya tahu 30tahun lagi duit beranak. Terpaksa

    ReplyDelete
  8. Kepada yang nak keluarkan duit tu, lebih baik rancang betul2 dan kalau tiada keperluan, tak perlu keluarkan.

    ReplyDelete
  9. Kita takde kwsp, tumpang gembira dengan mereka yang memang memerlukan.. moga ringan sedikit beban untuk mereka kan..

    ReplyDelete
  10. masih 50:50 untuk membuat pengambilan keluar sbb belum terdesak. tapi mau keluarkan dan simpan di tempat lain

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. semoga ianya dapat membantu mereka yang sedang terbeban ketika ini. Dan berbelanjalah dengan bijak lagi berhemah.

    ReplyDelete
  12. I tengah fikir nak keluarkan ke tidak lagi at the moment... ada few days lagi untuk buat pertimbangan... kurangkan hutang bank pun okay juga kan.. interest pun tinggi if tak payoff..

    ReplyDelete
  13. this seems to be the hottest news in malaysia at the moment. still in a dilemma on whether to withdraw or not, hopefully will be able to get more clarity when april approaches!

    ReplyDelete
  14. Thanks so much for sharing this useful informative tips for those need the sum from KWSP for living now. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, moga pada yang masih mempunyai KWSP menggunakan ianya dengan cara yang betul dan bermanfaat

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah kepada semua yang dapat keluarkan KWSP. Moga dapat digunakan sebaiknya :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.. tentu yg ada kwsp xsbr nk keluarkan duit tu, dah lama yg tunggu.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah dapat meringankan beban mereka yang betul-betul memerlukan.

    ReplyDelete
  19. mungkin ambik juga kali ini. yg sblm ni terlepas

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah kerajaan bagi lagi kelonggaran nak keluarkan duit kwsp. Bagi mereka yang memerlukan tak salah nak keluarkan. Jimat cermat berbelanja

    ReplyDelete
  21. Semoga dgn langkah ini dapat mengurangkan beban rakyat yg betul2 memerlukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post