4 Tempat Makan Yang Best Di Negeri Selangor Yang Patut Anda Cuba

Apa tempat makan yang best di Selangor ni ya?? Negeri Selangor bukanlah satu negeri yang tidak dikenali di negara kita.

Tempat Makan Yang Best Di Negeri Selangor


Negeri Selangor merupakan salah sebuah negeri yang sangat kaya dan salah satu negeri yang sering menjadi pilihan kebanyakan rakyat di negara kita untuk mencari rezeki kerana ia juga merupakan salah satu lubuk bagi mereka yang ingin mencari kerja.


Selain itu, Selangor juga mempunyai dengan pelbagai destinasi percutian yang menarik dan sering kali menjadi pilihan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Tetapi tidak lengkap rasanya jika ia menjadi sebagai destinasi pelancongan jika tidak mempunyai pelbagai destinasi atau tempat makan yang menarik.


Ada Beberapa Tempat Makan Yang Best Di Negeri Selangor Yang Patut Anda Cuba

Sudah pastilah apabila pergi bercuti, tempat makan merupakan salah satu tempat yang ingin di singgah oleh pelancong. Terutama sekali jika tempat pelancongan tersebut mempunyai pelbagai makanan menarik yang patut di cuba.  Begitu juga di negeri Selangor yang merupakan salah satu tempat yang menjadi syurga makanan.


Bagi peminat atau pencinta makanan Selangor merupakan salah satu tempat yang patut anda cuba. Mungkin ada antara anda yang tidak perasan, Selangor sebenarnya mempunyai banyak tempat makan yang best dan patut anda cuba.


Boleh dikatakan setiap tempat makan yang kami nyatakan ini mempunyai pelbagai menu makanan yang sangat sedap dan patut anda cuba. Jom kami kongsikan beberapa tempat makan yang best di Negeri Selangor ini. Antaranya ialah:


1- BBQ Lamb Kemensah

Tempat Makan Yang Best Di Negeri Selangor


Bagi anda yang gemar makan makanan western dan mahukan kelainan, BBQ Lamb Kemensah merupakan tempat makan yang patut anda cuba. Nak tahu sebab apa? Sebabnya BBQ Lamb Kemensah ini merupakan salah satu tempat makan yang sangat unik dan menampilkan kelainan mereka tersendiri.


Ini kerana, anda akan makan di dalam sungai Kemensah tau. Sudah pastilah ia akan mewujudkan satu pengalaman yang baru dan unik. Tetapi anda tidak perlu risau kerana air sungai Kemensah tidaklah terlalu dalam dan kedalaman sungai tersebut hanya pada paras buku lali sahaja.


2- Warung AMBO

Tempat Makan Yang Best Di Negeri Selangor


Bagi anda yang suka makan makanan pantai timur atau masakan Kelantan, anda sudah tidak perlu habiskan masa berjam-jam demi semata-mata untuk merasa masakkan Kelantan yang asli kerana di Selangor juga anda sudah dapat menikmati masakkan Kelantan yang enak iaitu di Warung Ambo yang terletak di jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor. Warung AMBO menyediakan pelbagai makanan Kelantan yang sedap dan enak.


Baca Juga: Rumah Mesra Rakyat 2022: Cara Permohonan Dan Syarat Permohonan


3-  Al Rawsha Restaurant

 

Tempat Makan Yang Best Di Negeri Selangor

Nak makan dalam istana Arab dan makanan arab? Tak perlu pergi sampai ke negara Arab sebabnya di Shah Alam ada sebuah restoran yang menyediakan makanan Arab. Apa yang lagi best, bila anda melangkah masuk sahaja ke dalam restoran ini, anda akan disajikan dengan corak serta dekorasi dari Timur tengah. Sudah pastinya anda akan  merasakan seolah-olah berada di negara Arab.


4- Rojak & Cendol Shah Alam

 

Tempat Makan Yang Best Di Negeri Selangor

Bila makan makanan yang berat, tak lengkap rasanya kalau kita tidak ambil pencuci mulut. Tapi pencuci mulut apa yang best?? Jom kita try Rojak & Cendol Shah Alam yang terletak di Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200 Shah Alam. Apa yang best mengenai Rojak & Cendol Shah Alam ini, ada bermacam-macam menu cendol yang ditawarkan dan sudah pastinya anda akan menjadi rambang mata untuk memilih cendol yang hendak anda makan.

7 Comments

  1. Bagus bagi idea tempat makan ni sebab semuanya sis tak pernah merasa lagi.

    ReplyDelete
  2. warung ambo tu x pernah try lagi.. nanti boleh terjah datang sini dengan famili

    ReplyDelete
  3. Memang banyak tempat makan best kat selangor kita dah cuba yang dalam list ni boleh masuk senarai kita tuk kunjungi nani ok juga sedap sedap

    ReplyDelete
  4. rojak dan cendol tu memang nampak sedap. Saya bookmark page ni, nnt pegi

    ReplyDelete
  5. 4 tu satu je dah try, warong ambo, memang sedap semua menu di kedainya..

    ReplyDelete
  6. Out of 4, Nell cuma pernah pergi the first one.. tempat favorite untuk makan BBQ sambil rendam2 kaki.. :) gonna give the other 3 a try la..

    ReplyDelete
  7. MEnariknya tengok gambar nasi kerabu warung ambo tu :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post