Rumah Mesra Rakyat 2022: Cara Permohonan Dan Syarat Permohonan

Skim Rumah Mesra Rakyat merupakan satu skim yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberi peluang mereka di luar sana untuk memiliki rumah sendiri.

 

Rumah Mesra Rakyat

Umum ketahui, nak beli rumah dan hartanah di negara kita bukanlah satu harga yang murah. Saban tahun, harga rumah di negara kita semakin meningkat sehingga ada yang mencecah harga jutaan ringgit. Begitu juga untuk membuat rumah yang selesa di atas tanah sendiri juga nampak agak mustahil kerana kos bahan binaan yang semakin mahal dan juga kos buruh yang semakin tinggi. Disebabkan itulah, untuk memiliki rumah pertama sendiri agak mustahil bagi mereka yang berpendapatan rendah terutama sekali mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

 

Skim Rumah Mesra Rakyat Satu Program Yang Dapat Membantu Golongan Yang Kurang Berkemampuan Untuk Memiliki Rumah

Disebabkan itu, kerajaan mula mewujudkan satu program iaitu Skim Rumah Mesra Rakyat yang mana untuk membantu golongan petangi dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah yang terlalu usang teta[i mempunyai tanah sendiri. Kerajaan akan membantu dalam memberi bantuan berbentuk Subsidi sehingga RM 20,000.00


Siapakah Yang Layak Mohon?

Ada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh SPNB bagi mereka yang ingin membuat permohonan Skim Rumah Mesra Rakyat. Anatara syarat permohonanya ialah:

 

Rumah Mesra Rakyat

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.



Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mebuat Permohonan

Sebelum hendak membuat permohonan, ada beberapa dokumen penting yang perlu kita sediakan untuk memastikan yang kita benar-benar layak dan juga untuk melancarkan ;agi proses permohonan tersebut. Jom saya kongsikan antara dokumen yang wajib anda sediakan.

 

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

 

Cara Membuat Permohonan

Selepas selesai semua cara di atas, kini tibalah masanya untuk membuat permohonan. Tapi macam mana nak buat permohonan? Jom saya kongsikan caranya:

  1. Muat turun borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/ (*sedang dikemaskini), atau dapatkan dari pejabat wakil rakyat.
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan.
  3. Hantar borang yang lengkap diisi beserta semua dokumen diperlukan.
  4. SPNB akan menilai sama ada pemohon layak atau tidak untuk menerima bantuan (pemohon akan dimaklumkan sewajarnya).
Rumah Mesra Rakyat



Skim Sebegini Sememangnya Membantu Orang Di Luar Sana Untuk Memiliki Rumah

Kesimpulanya, dengan adanya skim sebegini ia sememangnya sangat membantu mereka di luar sana yang kurang berkemampuang untuk memiliki rumah sendiri, Ia sdikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sudah lama mengimpikan rumah mereka sendiri.



 


14 Comments

  1. Harga yang berpatutan juga untuk sebuah rumah. Ni pertama kali dengar SPNB ni.

    ReplyDelete
  2. Wow... looks like this house is selling at an affordable price. We should check it out. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Initiative yang sangat penting untuk memastikan rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri juga.. walaupun saiz tak besar mana, janji ada tempat berteduh milik sendiri kan.. Good job! We need more like this..

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik! Sesiapa yang nak mohon bolehlah ikuti cara2 di atas. :)

    ReplyDelete
  5. Wow..menariknya..bagus juga kalau yg rendah pendapatan boleh apply rumah ni

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. memudahkan untuk rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat menarik dan penuh dengan informasi berkaitan SPNB ini.. terima kasih

    ReplyDelete
  8. cantik sangat design rumah ni.. suka tengok.. harga rumah juga sangat berbaloi

    ReplyDelete
  9. Memang bagus ada program rumah mesra rakyat macam ni. Cuma isunya, rumah mesra rakyat ni amik masa 2 ke 3 tahun untuk siap. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Rumah rakyat sekarang memang design dia cantikkan.. memang rezeki siapa yang layak mendapatkannya..

    ReplyDelete
  11. build more affordable houses so that every one can own and stay in a house

    ReplyDelete
  12. Thanks seba sharing info ini. I nak try gak - boleh gak share ngan my friends, mana tau rezki diorang.

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang bagus. Bagus ada rumah mesra rakyat ni. Golongan yang pendapatan bawah 3K boleh la ada rumah sendiri. Daripada menyewa baik beli rumah kan. iena pun dah beli dua buah rumah di usia 3 series. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing this information about the housing program, will read more about it

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post