Skim Rumah Mesra Rakyat merupakan satu skim yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberi peluang mereka di luar sana untuk memiliki rumah sendiri.
Umum ketahui, nak beli rumah dan
hartanah di negara kita bukanlah satu harga yang murah. Saban tahun, harga
rumah di negara kita semakin meningkat sehingga ada yang mencecah harga jutaan
ringgit. Begitu juga untuk membuat rumah yang selesa di atas tanah sendiri juga
nampak agak mustahil kerana kos bahan binaan yang semakin mahal dan juga kos
buruh yang semakin tinggi. Disebabkan itulah, untuk memiliki rumah pertama
sendiri agak mustahil bagi mereka yang berpendapatan rendah terutama sekali
mereka yang baru mendirikan rumah tangga.
Skim Rumah Mesra Rakyat Satu Program Yang Dapat Membantu Golongan Yang Kurang Berkemampuan Untuk Memiliki Rumah
Disebabkan itu, kerajaan mula
mewujudkan satu program iaitu Skim Rumah Mesra Rakyat yang mana untuk membantu
golongan petangi dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau mempunyai
rumah yang terlalu usang teta[i mempunyai tanah sendiri. Kerajaan akan membantu
dalam memberi bantuan berbentuk Subsidi sehingga RM 20,000.00
Siapakah Yang Layak Mohon?
Ada beberapa syarat yang telah
ditetapkan oleh SPNB bagi mereka yang ingin membuat permohonan Skim Rumah Mesra
Rakyat. Anatara syarat permohonanya ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mebuat Permohonan
Sebelum hendak membuat
permohonan, ada beberapa dokumen penting yang perlu kita sediakan untuk
memastikan yang kita benar-benar layak dan juga untuk melancarkan ;agi proses
permohonan tersebut. Jom saya kongsikan antara dokumen yang wajib anda
sediakan.
- Salinan
kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan
kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan
kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan
geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah
yang terbaru
- Slip
gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan
pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
- Surat
akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah
yang usang*.
- Surat
akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan
sijil nikah pemohon.
- Borang
laporan tapak bergambar.
Cara Membuat Permohonan
Selepas selesai semua cara di
atas, kini tibalah masanya untuk membuat permohonan. Tapi macam mana nak buat
permohonan? Jom saya kongsikan caranya:
- Muat turun borang
permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/ (*sedang
dikemaskini), atau dapatkan dari pejabat wakil rakyat.
- Isi
dan lengkapkan borang permohonan.
- Hantar
borang yang lengkap diisi beserta semua dokumen diperlukan.
- SPNB
akan menilai sama ada pemohon layak atau tidak untuk menerima bantuan
(pemohon akan dimaklumkan sewajarnya).
Skim Sebegini Sememangnya Membantu Orang Di Luar Sana Untuk Memiliki Rumah
Kesimpulanya, dengan adanya skim sebegini ia
sememangnya sangat membantu mereka di luar sana yang kurang berkemampuang untuk
memiliki rumah sendiri, Ia sdikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sudah
lama mengimpikan rumah mereka sendiri.
Harga yang berpatutan juga untuk sebuah rumah. Ni pertama kali dengar SPNB ni.
ReplyDeleteWow... looks like this house is selling at an affordable price. We should check it out. Thank you for sharing.
ReplyDeleteInitiative yang sangat penting untuk memastikan rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri juga.. walaupun saiz tak besar mana, janji ada tempat berteduh milik sendiri kan.. Good job! We need more like this..
ReplyDeleteInfo yang menarik! Sesiapa yang nak mohon bolehlah ikuti cara2 di atas. :)
ReplyDeleteWow..menariknya..bagus juga kalau yg rendah pendapatan boleh apply rumah ni
ReplyDeleteAlhamdulillah. memudahkan untuk rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik dan penuh dengan informasi berkaitan SPNB ini.. terima kasih
ReplyDeletecantik sangat design rumah ni.. suka tengok.. harga rumah juga sangat berbaloi
ReplyDeleteMemang bagus ada program rumah mesra rakyat macam ni. Cuma isunya, rumah mesra rakyat ni amik masa 2 ke 3 tahun untuk siap. Hahaha
ReplyDeleteRumah rakyat sekarang memang design dia cantikkan.. memang rezeki siapa yang layak mendapatkannya..
ReplyDeletebuild more affordable houses so that every one can own and stay in a house
ReplyDeleteThanks seba sharing info ini. I nak try gak - boleh gak share ngan my friends, mana tau rezki diorang.
ReplyDeletePerkongsian yang bagus. Bagus ada rumah mesra rakyat ni. Golongan yang pendapatan bawah 3K boleh la ada rumah sendiri. Daripada menyewa baik beli rumah kan. iena pun dah beli dua buah rumah di usia 3 series. Alhamdulillah
ReplyDeleteThanks for sharing this information about the housing program, will read more about it
ReplyDeletePost a Comment