Keputusan SPM 2022: Tarikh Semakan Result SPM 2022 & Cara Semakan Secara Online Dan SMS

Bagi mereka yang sudah mencecah usia 18 tahun, antara perkara yang sangat di tunggu-tunggu oleh anak remaja dan juga ibu bapa ialah keputusan SPM.

Keputusan SPM 2022


Setelah 5 tahun bertungkus-lumus belajar di sekolah menengah, Sijil Pelajaran Malaysia ataupun SPM adalah penentu buat halatuju selepas SPM. Sudah tentulah setiap murid dan ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau mendapat pekerjaan yang terbaik demi menjamin masa depan anak-anak mereka.


Tetapi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau untuk mohon pekerjaan, antara dokumen penting yang diperlukan ialah sijil SPM. Pada waktu ini, para ibu bapa dan juga murid-murid yang menduduki SPM 2022 sudah pastinya tidak senang duduk menanti keputusan SPM mereka


Tarikh Menyemak Keputusan SPM 2022 Telah Diumumkan

Keputusan SPM 2022



Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun mengumumkan tarikh keputusan SPM 2022 adalah pada 08 Jun 2023. Seramai 403,637 calon SPM 2022 telah berjaya menduduki SPM yang melibatkan 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.


Cara Nak Semak Keputusan SPM 2022 Yang Telah Disediakan Oleh KPM


Keputusan SPM 2022



Keputusan SPM 2022 boleh disemak dengan beberapa cara. Antaranya ialah:

Secara Online

Untuk mengetahui keputusan SPM bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, ada 2 Laman web yang disediakan oleh KPM untuk calon SPM menyemak keputusan SPM. Iaitu:





Secara SMS

Selain dari semakan secara online, bagi yang menghadapi masalah rangkaian internet juga tetap boleh menyemak keputusan SPM 2022 secara SMS. Caranya adalah seperti berikut:

Taip SPM<Jarak> no kad pengenalan <jarak> no angka giliran dan hantar ke 15888

Namun begitu, kedua-dua cara ini hanya akan aktif dan hanya boleh di buat semakan bermula pukul 10 pagi 8 Jun 2023


Cara Nak Buat Semakan Semula Keputusan SPM 2022


Mungkin ada antara calon SPM 2022 tertanya-tanya boleh ke buat semakan semula keputusan SPM 2022. Sebenarnya, calon SPM 2022 boleh buat semakan semula keputusan SPM 2022 melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM. Antara yang perlu anda tahu untuk membuat semakan keputusan SPM 2022 adalah seperti:

  • Permohonan semakan semula keputusan SPM 2022 perlu di buat 30 hari selepas pengumuman keputusan SPM
  • Keputusan semakan semula keputusan SPM 2022 akan mengambil masa selama 2 bulan

  • Semaakan semula keputusan dikenakan caj dan yuran sebanyak RM 100 bagi setiap subjek

Kepentingan Keputusan SPM Bagi Lepasan SPM


Sijil Pelajaran Malaysia SPM merupakan antara peperiksaan yang sangat terpenting buat kita semua. Ada beberapa sebab kenapa SPM merupakan antara peperiksaan yang sangat penting. Antaranya:

  1. Untuk menentukan hala tuju seseorang murid itu selepas habis SPM
  2. memudahkan untuk mendapat pekerjaan





Post a Comment

Previous Post Next Post