Nak Verified MySejahtera?? Ini 4 Cara Mudahnya

Baru-baru ini, ramai yang berkongsi di media sosial mengenai Verified MySejahtera iaitu satu satu fungsi baru yang ditawarkan oleh aplikasi MySejahtera.

Verified MySejahtera

Sejak mula di viralkan, ramai yang mula memviralkan dan mula membuat Verified MySejahtera supaya dapat terus menggunakan kemudahan yang disediakan di dalamnya


Sebab Apa Kena Verified MySejahtera??

Aplikasi MySejahtera bukanlah satu perkara yang asing buat rakyat di negara kita. Ia mula diperkenalkan sejak penularan wabak Covid 19 mula melanda negara kita pada 2 tahun lalu. Aplikasi MySejahtera inilah menjadi platform untuk rakyat negara kita mendapatkan info berkaitan Covid-19 termasuklah untuk mengesahkan yang kita telah mendapat sijil digital pengesahan vaksin yang telah kita ambil.


Semenjak aplikasi MySejahtera mula diwujudkan, pelabagai perubahan mula diperkenalkan dan pebagai update terbaru mula di buat. Ia bagi memudahkan pengguna aplikasi MySejahtera terutama sekali untuk mendapatkan dan info penting berkaitan covid. Yang terbaru, MySejahtera memperkenalkan satu kemudahan baru iaitu “Verified”

Verified MySejahtera


Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, proses ini penting untuk kita lakukan supaya kita dapat terus menggunakan kemudahan di dalam Aplikasi MySejahtera seperti:

  •     Kemaskini Status
  •      Terima HSO
  •      Terima HAT
  •      Laporkan Keputusan Ujian
  •      Laporkan Kontak Rapat
  •      Temu janji Vaksin
  •      Sijil Vaksin

Baca Juga:5 Tips Untuk Menjadi Seorang Freelancer

Jika akaun kita tidak mempunyai status Verified, ia akan menyebabkan kita tidak dapat menggunakan segala ciri yang ada dalam aplikasi MySejahtera.

Tapiii macam mana nak verified MySejahtera kita?? Jom saya kongsikan langkahnya di bawah ini:


Langkah 1

Mula-mula sekali anda perlu update aplikasi MySejahtera anda ke version yang terkini iaitu versi 1.1.8 dan ke atas. Untuk update anda boleh Pergi ke Google Playstore atau Apple appstore.


Langkah 2

Selepas anda sudah siap update, anda perlu masuk semula ke aplikasi MySejahtera dan anda akan di bawa ke bahagian maklumat diri anda. Dekat sini, anda boleh semak sama ada akaun anda sudah di verified atau belum. Akaun yang sudah diverified akan ada perkataan verified dan tick biru di sebelah nombor kad penegenalan anda. Jika belum, ia akan keluar perkataan “Sila sahkan segera” berwarna merah.


Langkah 3

Untuk membuat pengesahan, anda perlu klik butang “Sila sahkan segera” kemudian anda akan di minta mengisi beberapa maklumat yang di minta seperti:

  • Nama: Masukkan nama penuh yang sama dengan Mykad atau pasport anda
  • Nombor kad pengenalan: Sila semak saama ada nombor kad pengenalan yang anda masukkan betul atau pun tidak
  • ID MySJ: Dekat sini juga anda perlu semak nombor telefon dan juga alamat e-mel yang telah anda daftarkan.

Jika ada perubahan dan anda mahu membuat perubahan, anda boleh klik butang untuk membuat perubahan yang anda perlukan.


Langkah 4

Selesai langkah di atas, langkah terakhir yang perlu anda lakukan ialah dengan mengesahkan perubahan yang telah anda lakukan dan tunggu sehingga akaun anda di verified. Jika terdapat masalah sewaktu hendak mengesahkan, anda boleh menghubungi help desk MySejahtera. 

Selepas akaun di Verified, anda boleh menggunakan aplikasi MySejahtera seperti biasa.




 


1 Comments

  1. terima kasih atas panduannya. alhamdulillah, saya punya pun dah verified :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post