SIP GIG PERKESO 2022: Anda Boleh Dapat Insentif RM 600-RM 800 Sebulan Selama 6 Bulan

Ada antara kita yang pernah dengar mengenai program SIP GIG PERKESO 2022 dan ada juga yang tidak pernah dengar mengenainya.


SIP GIG PERKESO 2022

SIP GIG PERKESO 2022 merupakan satu insentif kewangan yang telah kerajaan sediakan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat di berhentikan kerja , dikenakan  pemotongan gaji, golongan kurang upaya, Suri rumah tangga dan juga mereka yang menganggur supaya dapat menjana pendapatan secara online. 



Bagi program ini, PERKESO memberikan insentif RM 600-RM800 sebulan bagi mereka yang berjaya melakukan tugasan yang telah diberikan oleh platform digital yang berdaftar dengan PERKESO. Tarikh permohonan SIP GIG PERKESO 2022 mula di buka mulai 17 Januari sehingga Bulan Jun 2022

 

Objektif Kewujudan SIP GIG PERKESO 2022

  • Memberi peluang kepada individu yang tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.

  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital


SIP GIG PERKESO 2022

Siapakah Yang Layak Untuk Mohon??

Untuk SIP GIG PERKESO 2022 ada beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh PERKESO untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja dapat menyertai program ini dan seterusnya mendapat insntif ini. Mereka yang layak adalah seperti berikut:

 

  • Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  • Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.


Mereka Yang Tidak Layak Untuk Menyertai

Untuk SIP GIG PERKESO 2022 ada beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh PERKESO bagi mereka yang tidak layak atau dalam erti kata lain mereka yang permohonannya akan di tolak jika mereka memohon SIP GIG PERKESO 2022. Antara kriterianya ialah:

 

  • Individu yang aktif bekerja.
  • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengaji
SIP GIG PERKESO 2022


Cara Untuk Membuat Permohonan

Jika cukup syarat yang telah ditetapkan, anda sudah boleh mula untuk membuat permohonan. Cara membuat permohonan adalah seperti berikut:


  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my 
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Syarat-Syarat Yang Perlu Dipenuhi

 Bagi mereka yang permohonan telah diterima atau dalam erti kata yang lain telah bergelar sebagai Orang Bekerja Sendiri (OBS), ada beberapa syarat yang telah ditetapkan bagi melayakkan mereka untuk mendapat RM 600 sehingga Rm 800 iaitu:

 

  • Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
  • Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
  • Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan







13 Comments

  1. This is a good way to search for jobs. I'll check it out. Thank you for sharing ^_^

    ReplyDelete
  2. Bagus juga usaha macam ni kan. Membantu mereka yang diberhentikan kerja dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Baru tau ada benda macam ni tapi bagus juga tu boleh bantu yg memerlukan

    ReplyDelete
  4. Wowo...this is really a good initiative to help those that needed especially unemployment due to the pandemic. Thanks for this useful info. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. menarik ada SIP Gig ni, serious baru tau. Nanti saya share pada yang lain2.

    ReplyDelete
  6. ehh menarik ni... membantu bg mereka yang terkesan yg hilang pekerjaan.. tq sharing this

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing this details, it actually help when comes to do the claiming.

    ReplyDelete
  8. Kak Pip baru tahu ada insentif yang baik sebegini. Membantu sgt pada mereka yg memerlukan. Thanks Sharing.

    ReplyDelete
  9. wah,menarik..yong pun baru tau insentif ni.Not bad !

    ReplyDelete
  10. Semoga pengkongsian ni dapat membantu mereka yang sangat2 perlukan.

    ReplyDelete
  11. Menariknya.. baru tahu ada bantuan kerjaya macam ini dari Perkeso.

    ReplyDelete
  12. thanks for sharing. time to help more to the ppl who needed

    ReplyDelete
  13. bagus lah ada insentif macam ni. good job kerajaan malaysia yang cakna kebajikan pekerja .

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post